Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk
berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke
Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada
penduduknya.
Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan
Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid
dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan
mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia.
Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi
apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi
Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan
manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.
Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak
ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah
berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun.
Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan
berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami
telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari
meninggalkan agama kami".
Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku
sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut
agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus lagi
"Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku
supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan
serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan
membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di
dunia dan di akhirat."
Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali
ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa
sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama
kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan
kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang
yang benar."
Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya
itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus
berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang
sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan
perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.
Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka
juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat
serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka
tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang
benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar
beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah
s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.
Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun
dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang
gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan
mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada
Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus
telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.
Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia
sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak
belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar
bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut.
Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut
taufan yang kuat.
Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah
dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah
dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus
dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan
disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi
Yunus tetap terpilih.
Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia
adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan
Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah
disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus
beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang
bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t
mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka
ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut
tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia
berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi
Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya
Allah, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."
Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan.
Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan
diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang
diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud
"Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan
tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari
kiamat."
Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah
pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah
menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat
pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke
darat keadaannya amat letih.
Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya
supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya.
Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan
imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri
daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati
mereka semata-mata kerana Allah.
No comments:
Post a Comment