Beliau adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw
berkata: "Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin
Mata."
Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi
yang mulia yang diutus oleh Allah s.w.t kepada kaumnya. Beliau menasihati
mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau
mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka
dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan syurga; beliau memerintahkan
mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang
beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau
merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah
pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan
marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu
dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan
marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya
(menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi
Yunus selain Allah s.w.t. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya.
Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut
dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t
belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus
asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan
hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus
seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan
Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi
tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t dan
menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap
Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak
akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi
Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak
mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul
ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian
ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya:
"Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat.
Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau
meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak
mengetahui bahawa beliau lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju ketentuan Allah
s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi
bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang
menemaninya; beliau benar-benar sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas
permukaan perahu.
Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?"
Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk
bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang
lama?" Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan
kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan
berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan
mencoba sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului
agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata:
"Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika
melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi
bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab:
"Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak
jadi masalah."
Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman
di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.
Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang
lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan
mengetahui bahawa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa
Nabi Yunus melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan
kesalahan kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia
meminta kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari
vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam
dadanya dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk
meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si
nahkoda.
Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan
ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan
emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri
menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik
dan terkadang turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan
bagiku kamarku. Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar." Si nahkoda
berkata: "Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia
menunjuk dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur
dan beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan
kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur
dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa
dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya
berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah
itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan
atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai
mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam
jiwaku."
Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri
Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup
memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa
sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan
tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya
dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik.
Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah.
Bertiuplah angin yang cukup kencang yang sangat mengerikan yang nyaris
menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup dahsyat laksana orang
yang kehilangan akalnya. Ombak itu meninggi bagaikan gunung dan menurun
bagaikan lembah.
Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu
itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang
besar yang mulai mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah
kepada ikan paus itu untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu
menaati perintah dari Allah s.w.t dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai
mengikuti perahu itu sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras
tetap bertiup kemudian kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban
perahu dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus
merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di
kamarnya. Beliau berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala
perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti
biasanya. Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini
bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa
yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang
biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang keras.
Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi
Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk
pada hukum ala berhala yang menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan
kepercayaan itu, mereka meyakini bahawa bertiupnya angin yang kencang akibat
murka dari tuhan. Oleh kerana itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan
memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti
undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan
dilakukanlah undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang
kedua, dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian
yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa
Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan
Nabi Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika
meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahawa Allah s.w.t
tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana
meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran
kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi
dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya
bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap
dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian
nahkoda perahu berteriak: "Lompatlah wahai musafir yang misterius."
Tiupan angin semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan
beliau menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun
terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan
paus berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum kerana Allah s.w.t telah
mengirim padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di
tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu
kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan
itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga
kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan
kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba
menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu,
beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan
perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya
mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai
mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah.
Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri
sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah s.w.t.
Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan
itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada
Allah s.w.t. Beliau tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya
menangis. Beliau tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa
dan berbuka dengan tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua
makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu
berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul
di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t.
Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara
tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu
perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan
batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak
ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia
mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan
ketakutan tetapi ia berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah
s.w.t yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di
perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama
itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan
selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya
Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri
sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t
mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan
perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya
di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan
di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh
badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa
sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah
s.w.t menumbuhkan pohon Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat
melindungi dari sinar matahari. Dan Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya.
Allah s.w.t memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika
ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk
orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam
keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak
mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari
berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam
keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan
Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu
Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang
tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)
"Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam
keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya
(menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa
tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan
doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan
orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai
dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang
hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi
adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa
mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan
celaan (hukuman). Jadi masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat
dengan Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi
al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang benar.
Sekarang, marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang
banyak dipenuhi oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh
orang biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan
suatu kebaikan dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan
agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang
diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di
jalan Allah s.w.t dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau
hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam
kacamata para nabi - adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari
Allah s.w.t dan hukuman- Nya padanya.
Allah s.w.t memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di
jalan-Nya. Allah s.w.t mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan
dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya
dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap
tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun- tahun berdakwah beliau tidak
mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan
mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah
di jalan Allah s.w.t sehingga datang perintah Allah s.w.t melalui para
malaikat-Nya yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi.
Seandainya beliau pergi sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan siksaan
seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu
perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya
Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman:
"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya
itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu)
beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan
dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu."
(QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama
mereka nescaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang serta
kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap
tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha Nabi
Yunus untuk meninggalkan mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada
mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya dan
mengajarinya bahawa tugas seorang nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi
tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab
atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah
(petunjuk) kepada mereka.
No comments:
Post a Comment