Wanita
solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang
bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah.
Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh
Abdul Qadir Jailani.
Syeikh Abdul
Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah.
Abu Saleh adalah seorang pemuda yang sangat cinta kepada Allah. Kewarakannya
boleh dilihat dari sejarah hidupnya.MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK
SENDIRISebelum bertemu jodoh dengan Fatimah, pada suatu hari, seperti biasa Abu
Saleh duduk di tepi sungai bertafakur. Kemudian perutnya terasa sangat lapar
kerana sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji epal
sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Semasa sedang
mengunyah, maka teringatlah dia bahawa epal tersebut tentu hak milik orang. Abu
Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa kerana memakan buah epal tersebut
tanpa meminta izin daripada pemiliknya terlebih dahulu.Atas rasa takut kepada
Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan
punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa
sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan
yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa
membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu,
iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.Abdullah Saumi mengenali
kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan
yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia,
Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu.
Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi
dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12
tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan
bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut.MENGAHWINI GADIS BUTA, PEKAK,
DAN LUMPUHSetelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahawa beliau
rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengahwini anak
perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangannya
serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal di situ bagi tempoh 2 tahun lagi
bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi
mencari keredhaan Allah, diturutinya juga.Setelah diakad nikah maka masuklah
Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi
isterinya. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita di
hadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran
itu, tidak mahu didekatinya wanita tersebut kerana disangka bukan isterinya.Abu
Saleh segera menemui Abdullah Saumi. Akhirnya orang tua itu menerangkan hakikat
kata katanya kepada Abu Saleh."Aku katakan anak perempuanku itu buta
matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya, pekak
telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh
kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan,
dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat
mungkar."Selepas itu barulah Abu Saleh mahu menyentuh isterinya. Dan hasil
daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu, maka
lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang
masyhur dan tinggi ilmunya, iaitulah Syeikh Abdul Qadir Jailani.MUTIARA
INDAHDemikianlah mutiara indah para wanita solehah, yang betul-betul mencontohi
bidadari-bidadari di syurga. Mereka seolah-olah wanita pingitan yang tidak
mendedahkan diri dan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram. Tidak memandang
kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki. Memelihara kesucian dirinya
daripada terdedah kepada yang bukan mahram…Notakaki: Secara syara'nya, buah epal
yang telah jatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan air itu sememangnya boleh
dimakan tanpa perlu minta izin kerana ianya sudah berada di luar kawasan tuan
rumah. Namun disebabkan peribadinya yang amat wara’, maka Abu Saleh merasa
bersalah lalu berusah mencari tuan pemilik epal tersebut bagi tujuan meminta
maaf. Sikap begini adalah sangat mulia dan wajar dicontohi. Lihatlah balasan
setimpal yang diterimanya – seorang yang soleh akhirnya pasti akan mendapat
pasangan yang solehah. Oleh itu berusahalah terlebih dahulu untuk memperbaiki
akhlaq diri… Dan kepada ibubapa yang mempunyai anak perempuan, ujilah terlebih
dahulu pasangan anak anda untuk menilai sejauh mana keikhlasan lelaki tersebut…
No comments:
Post a Comment